Kenali sahabat dan cinta
Monday 10 October 2011 • 23:53 • 0 comments

Sahabat adalah sama seperti cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita \kesusahan/ . Begitu juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih banyak berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti \aku akan tetap bersamamu selamanya dalam susah ataupun senang/ . Ini janji hidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah kahwin) pun boeh putus dan bercerai , maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.
Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya . Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab :
"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, 
dan kemudian engkau berkata kepadanya "JANGAN MINUM AIR ITU", maka dia tidak akan minum air itu".
Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan  
\yang palsu/ berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri \selfish/.
Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar memahami diri kita.

P/S : Sahabat dan cinta sama penting tapi bersahabatlah dengan cinta kita, tapi jangan sesekali bercinta dengan sahabat dengar la cakap aku \JANGAN/ . Persahabatan yang benar tak akan berubah walau keadaan berubah.


Older PostNewer Post

Diary Profile Affies Stuff


The Owner Of This Blog

Photobucket
Assalamualaikum And Welcome To//Syada Azhar Blog . Copycat And Haters Are Not Allowed To Be Here . Behave yourself . And Thanks Following This Blog , I Love You .

Music :*



Credit

Template by : Blog Skins
Helped by : AnaAzhar SyadaaOmey
Edited by : SyadaA Azhar .